Terma & Syarat Gaza Homestay
Berikut ialah Terma dan Syarat untuk Penginapan di Gaza Homestay, sila baca dengan teliti sebelum lakukan tempahan.
TERMA DAN SYARAT PENGINAPAN GAZA HOMESTAY
Dengan membuat tempahan dan menginap di Gaza Homestay ini, tetamu dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat seperti berikut:
1. Masa Daftar Masuk & Keluar
- Daftar Masuk (Check-in): Jam 3:00 petang
- Daftar Keluar (Check-out): Jam 12:00 tengah hari
- Lewat daftar keluar tanpa kebenaran akan dikenakan caj tambahan RM10 untuk 1 jam.
2. Bayaran Tempahan
- Bayaran tempahan perlu dibuat RM50 sebelum daftar masuk.
- Semua bayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan.
3. Tanggungjawab Tetamu
- Tetamu bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan barangan peribadi sepanjang penginapan.
- Sebarang kerosakan atau kehilangan pada perabot, kemudahan atau struktur homestay / roomstay akibat kecuaian tetamu akan dikenakan bayaran ganti rugi.
- Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan.
4. Kebersihan dan Kelakuan
- Tetamu wajib menjaga kebersihan dan ketenteraman homestay.
- Dilarang melakukan aktiviti tidak bermoral, pesta liar, merokok dalam rumah, atau membuat bising yang boleh mengganggu jiran tetamu yang lain (homestay / roomstay)
- Jika berlaku aduan daripada tetamu atau tindakan pihak berkuasa, pihak pengurusan berhak membatalkan penginapan serta-merta tanpa bayaran balik.
5. Penggunaan Kemudahan
- Kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan biasa sahaja.
- Dilarang menggunakan homestay / roomstay untuk tujuan komersial seperti majlis, penggambaran, jualan atau sebarang aktiviti perniagaan tanpa kebenaran bertulis.
6. Keselamatan
- Tetamu dinasihatkan supaya memastikan semua pintu dan tingkap dikunci apabila keluar dari rumah.
- Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecurian, kerosakan, atau kehilangan semasa penginapan.
7. Hak Pengurusan
- Pihak pengurusan berhak untuk menolak, membatalkan atau menamatkan penginapan jika tetamu melanggar mana-mana syarat yang dinyatakan.
- Penginapan boleh ditamatkan tanpa notis sekiranya berlaku gangguan keselamatan atau pelanggaran undang-undang.
